Owner Post Them Follow Dash



Tsukei's (´▽`ʃƪ)
ଘ(੭ˊ꒳ˋ)੭✧Tsukei's blog

Assalamua'laikum!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
Instagram


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Rumah Tok Wan kita..............


Assalamualaikum kawan kawan..Hari ni Ain nak cerita yang rumah Tok Wan Ya kita Terbakar
Utara
Kebakaran beri pengajaran
NORSYAFINAS AHMAD SUKRI
15 Februari 2013
Kebakaran beri pengajaran
Mohd Radzi bersama mangsa ketika membuat lawatan.
Kebakaran beri pengajaran
Sabu membelek potongan ayat al-Quran yang tidak hangus dijilat api biarpun semua harta benda yang lain musnah.
KANGAR – Lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Siam, Jalan Guar Syed Alwi, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kesemua mangsa terlibat berjaya menyelamatkan diri apabila melihat api sedang marak di ruang tamu.

Mangsa, Sabu Bakar, 60, berkata, semasa kejadian dia tiada di rumah kerana ada urusan kerja di Jejawi, manakala anak lelakinya Mohd Fazil Sabu, 22, ketika itu keluar bekerja di Pekan Kangar.

Namun dia bersyukur tiga cucunya berusia antara tiga hingga sembilan tahun sempat berlari keluar ketika kejadian, biarpun sebahagian dokumen penting dan harta benda tidak sempat diselamatkan.

“Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya sudah melihat api yang sedang marak dari jauh, namun mungkin untuk menyedapkan hati, saya menyatakan rumah yang terbakar itu rumah lain.

“Saya cuma memikirkan tiga cucu yang berada di rumah. Tapi bila tiba di pekarangan rumah, saya dapati ia adalah rumah saya namun bersyukur selepas lihat semua cucu saya selamat.

“Saya reda dengan kekuasaan Ilahi kerana memberi pengajaran kepada saya sekeluarga berikutan kejadian itu, kerana didapati potongan ayat al-Quran yang selalu dibaca tidak terbakar seperti barang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, cucunya, Siti Nurfarhanis, 9, berkata, sewaktu kejadian dia sedang tidur manakala kebakaran itu bermula dari ruang tamu.

“Mujur sewaktu kejadian saya telah dikejutkan oleh adik kedua dan terus mendapatkan adik bongsu Hairulnisa Aqilah, 3, serta keluar berlari ke tempat lebih selamat,” katanya.

Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat Kangar, Bakar Abdullah berkata, pihaknya dengan tiga jentera segera ke lokasi selepas menerima panggilan jam 12.15 tengah hari.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Amad, turut datang melawat ke rumah mangsa kejadian...
Ok itu ja,bye!