Owner Post Them Follow Dash



Tsukei's (´▽`ʃƪ)
ଘ(੭ˊ꒳ˋ)੭✧Tsukei's blog

Assalamua'laikum!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
Instagram


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

buKU komIK~~~


miku land

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni Ain nak cerita pasal komik....Ain rasa kat rumah korang pon ada komik kan,kalau takde takpe
Jom ttengok komik apa yg Ain ada...

Magis Manis Coklat Jilid 1



Hah ni komik Magis Manis Coklat jilid 1.Buku ni sampai jilid 5,ok Ain cerita yg pertama dulu.

Sinopsis:


Jemputlah ke kedaiku...
Segala hajatmu akan termakbul

Sebagai bayaran,
sesuatu paling berharga dalam
hidumu akan ku ambil...

Aikawa Shokora,sang suri
pemilik toko Chocolat Noir.
Apakah yang menanti pelanggan toko itu?
Kisah suka duka penuh misteri!



  • Magis Manis Coklat Jilid 2


  • Sinopsis:
    Mahukah kamu menikmati coklat yang boleh
    memakbulkan segala hajat di hati?
    Sebagai bayaran,aku akan renggut
    benda terpenting dalam hidupmu...

    pelbagai kerenah pelanggan datang ke toko 
    Chocolat Noir.Apakah mereka akan berikan
    demi memastikan hajat tercapai?Selami kisah
    silam Aikawa Shokora penuh misteri di Jilid ke-2.


  • Magis Manis Coklat Jilid 3

  • Sinopsis:

    Mahukah kamu menikmati coklat yang boleh
     memakbulkan segala hajatmu?
    Tapi berhati-hati dengan bayarannnya.....
    Aikawa Shokora,sang suri pembikin coklat 
    dan tuan punya toko Chocolat Noir.Apakah hajat 
    yang bakal dimakbulkan?
    Kali ini juga muncul seorang lagi pembikin coklat!
    Alamilah misteri dalam buku ke-3 ini!


  • MagisManis Coklat Jilid 4


  • Sinopsis:


    Adakah kau mendambakan coklat yang
    mampu menunaikan segala  permintaanmu?
    Tetapi bayarannya bukan sembarangan....

    Coklat yang dibikin Aikawa Shokora memiliki
    kuasa magis menunaikan permintaan sesiapa
    yang memakannya.Dialah pemilik toko
    bernama Chocolat Noir.

    Bagaimana Aikawa Shokora akan menghadapi
    musuhnya iaitu White Witch?Nikmatilah
    hidangan buku midteri siri ke-4!

    • Magis Manis Coklat 5


    Sinopsis:

    Ingin rasa coklat yang rasanya manis dan pahit?
     Segala hajat diingini akan tertunai dengan
     "barangan" berharga jadi galang ganti.
     Aikawa Shokora, pembuat coklat & sang suri pemilik
     kedai Chocolat Noir.

     Kali ini pelbagai ragam pelanggan datang
     agar hajat mereka ditunaikan. Manga kelima karya
     MIZUHO Rino penuh dengan kisah misteri pasti
     menggugat perasaan pembaca di luar sana...

    Ok ni komik Maid Maiden

      • Maid Maiden Monday




      Sinopsis:

      Demi putera impian yang pernah menyelamatkannya, Alivia bersusah-payah masuk ke sekolah elit Adam Gordon High School. Namun sebaik diterima sebagai pelajar, ibu bapanya diisytihar muflis dan tidak mampu membayar yuran persekolahannya. Tidak cukup setakat itu, mereka melarikan diri ke luar negara kerana masalah hutang. Mujurlah Bennett Gordon, pelajar kaya di sekolah tersebut, sudi membantunya... tetapi dengan satu syarat! Bagaimanakah hidup Alivia selepas itu?!

      • Maid Maiden Tuesday


      Sinopsis:
        Alivia yang masuk ke Adam Gordon High School dan tinggal di rumah cucu pengasas sekolah itu, Bennet, mula keliru. Shawn, putera yang pernah menyelamatkannya ketika kecil dulu tidak seperti yang disangka. Malah si setan Bennett juga tak se-setan yang disangka. Namun tatkala keadaan semakin kelam-kabut, motif sebenar Shawn dan masa lalu Bennett mula tersimpul bagai benang takdir yang saling mengikat. Berlarilah Alivia untuk membebaskan diri dari kekusutan yang muncul dan di kala dia di dalam kesusahan, muncul putera berparut di tangan kiri untuk menyelamatkannya sekali lagi. Adakah memori silam akan mula membayangi masa depan Alivia?


          • Maid Maiden Wednesday



          Sinopsis:

          "Aliva, hendaklah jujur​​-anda suka Bennett, tidak anda?"

          Tiada lagi tinggal di tempat Bennett, Alivia mendapati dirinya menjadi rakan-rakan dengan Shawn daripada semua orang. Walau bagaimanapun, pulangan masalah dia, kerana dia fikir mereka adalah sahabat-sahabat tidak berputus asa untuk membuat neraka pembohongan beliau! Malah, Rebecca menganggap masalah semasa Alivia sebagai hanya satu lagi langkah dalam rancangan beliau untuk memenangi Bennett lebih. Merumitkan perkara-perkara yang perasaan semasa Alivia untuk Shawn-ia terima, atau sesuatu yang lebih mendalam? Cari dalam Maid Maiden-Rabu!



          • Maid Maiden Thursday



          Sinopsis:

          "Mungkin kau rasa perbuatan aku ni tak bertimbang rasa tapi nilah satu-satunya cara aku mencintai kau."

          Demi cinta, segalanya tidak mustahil...
          Akhirnya Bennett mengakui Alivia memang istimewa dalam hatinya. Namun Shawn pula bertekad untuk memiliki cinta Alivia  walau bagaimana sekalipun. Rebecca bak gunting dalam lipatan - sanggup memfitnah Alivia demi memburu cinta Bennett
          Lilly pula sanggup menyelit masuk ke sekolah demi menyelamatkan cinta Alivia dan Bennett.
          Gelodak jiwa remaja dilamun perasaan cinta!


          • Maid Maiden Friday


          Sinopsis:

          -Akhirnya yang kusut dapat dirungkaikan, yang keliru dapat dijelaskan. Segala masalah seakan hilang sekelip mata. Kini Alivia dan Bennett bersama semula... Tapi benarkah segala-galanya berakhir di sini? Ataupun ia permulaan bagi suatu episod baharu untuk mereka?

          "Bila kau benar-benar mencintai seseorang...kau sanggup membantunya bagi mencapai kebahagiaan si dia impikan."


          • Maid Maiden Saturday


          Sinopsis:


          Akhirnya Alivia bersua muka dengan sang putera dambaan hati! Setelah sekian lama mencari, sang putera muncul memberi kucupan ketika Alivia dilamun mimpi. Namun... adakah ia realiti atau serpihan dari fantasi?
          Bennett pula kini berhadapan dengan halangan terhebat dalam kisah cintanya bersama Alivia. Mampukah Shawn membantu Bennett demi merealisasikan janjinya pada Alivia?
          'Maid Maiden: Saturday' ada jawapannya!


          • Maid Maiden- Sunday




          Sinopsis:

          "Semua tu takder kena-mengena. Cuma... aku rasa lebih baik kita berenggang buat sementara supaya kau tau apa kau nak sebenarnya."

          Hubungan Bennett dan Alivia semakin renggang. Walaupun Alivia dah cuba perbetulkan keadaan tapi kali ni Bennett pula tak boleh fokus pada hubungan diorang. Mungkinkah hubungan cinta Bennett dan Alivia bakal berakhir disebabkan kehadiran Chris? Ataupun sekeping tiket kapal terbang dari mama dan papa Alivia jadi punca? "Maid Maiden: Sunday" ni adalah hadiah finale Kaoru buat peminat kat luar sana!

          Oklah ni jelah yang Ain kongsi sebenarnya banyak lagi komik~ Ok Bye Assalamaulaikum >w<