Owner Post Them Follow Dash



Tsukei's (´▽`ʃƪ)
ଘ(੭ˊ꒳ˋ)੭✧Tsukei's blog

Assalamua'laikum!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
Instagram


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Review : Novel Fixi

Bismillahirahmanirahim~
Toushiro 'n' Momo - Bleach

Ok harini Ain nak kongsi Novel Fixi yg Ain dah baca~ ^^ korang penah baca x?? Novel tu best2 >< Kalo korang blom baca,korang boleh bei kat kedai buku macam Popular, PTS dan kat mana2 kedai bukulah  (〜 ̄△ ̄)〜
Ok jom start sekarang ahaha nanti lupa pulak 
 (シ_ _)シ
Ilusaniti / Adib Zaini

ni cth cover dpn ; blakang

Sinopsis :[I]ni kisah sekumpulan kawan
[L]
ama sudah kenal secara online[U]ntuk kali pertama mereka bertemu[S]eorang mati bunuh diri selepas itu[A]taupun ada konspirasi yang mereka tidak tahu[N]isan siapa bakal diukir lagi?[I]ngatan semakin hilang setiap hari[T]idur dipenuhi mimpi ngeri[I]ni semua ilusi ataupun realiti?

Ain : baca sinopsis dye pelikkan?? yup memang cerita dye pon penuh dgn misteri yg membuat kan kita nk tahu jawapannya~ Antara banyak2 novel fixi yg Ain baca,nilah novel fixi yg paling best dan aweasome jalan citer dye..

Paranormal / Hani Suraya

cth cover dpn

Sinopsis :

Anda ada masalah misteri yang ingin diselesaikan?
IDBW Investigations sedia membantu (kalau anda
sedia membayar).

Syarikat kecil ini mengambil upah menyiasat kes-kes
PARANORMAL.

Mereka diketui Norin,ahli sihir amatur yang agak
flirty.Jimmy yang hidupnya terumbang-ambing mahir
dengan ilmu shaman puak Navajo.Fairuz pakar
sejarah paranormal yang juga merupakan 'muscle'
kumpulan.Mahmud werewolf yang periang.Manakala
Suzana boleh membaca fikiran orang.Mereka turut
dibantu oleh Nora,seorang yang obses dengan kimia.

Suatu hari,mereka didatangi Hakim yang ingin
 mereka menyiasat percubaan bunuh anaknya Maliki
yang berumur 3 tahun.Namun apa yang mereka tidak
tahu adalah mereka bakal terjebak dalam suatu
konspirasi besar.Persahabatan mereka yang kuat
juga bakal bergoncang!

Ain : Pergh! Panjangkan? Ahahha penat tu! Well,novel ni Ain x baca lagi tapi Ain ada xD Akak Ain baca..Dye kata novel ni biasa2 je x best sangat cam novel lain~ So,Ain kata malaslah nk baca kalo camtu ahahah lagipon sekarang ni Ain tgh baca novel Fixi yg lain 
´・_・`


Bisik / Syaihan Syafiq


cth cover dpn n blakang

sinopsis :
Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun setelah berada di pangsapuri baru,
 Mikael mula gagal untuk mengingat kembali apa yang berlaku pada masa-masa sebelumnya. Dia juga didatangi BISIK
 hasutan yang muncul secara rawak.


Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman, ialah seorang yang amat mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.

Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.

Apakah punca bisik-bisik yang mengganggu Mikael? Dan siapakah Nazzman sebenarnya?


Ain : Yup! nilah novel fixi yg Ain tgh baca skang~ baru habis baca Ilusaniti~ Fiuh banyaknya kena baca 
(」・ω・)」Ahahha :p memang pon~


Koyak / Syaihan Syafiq


cth cover dpn n blakang
Setahun berlalu dan banyak hal telah berubah.

Mikael tahu dia sakit,dia mahu pulih.Dia asingkan
dan dirawat oleh Dr.Iesmawi.Perlahan-lahan Mikael
tidak ingat akan rakan-rakannya yang dulu pernah
akrab terhadapnya.Mindanya seakan dikonyak-konyak.

Julia dan Syah hanya mahu melupakan mimpi ngeri
yang mereka lalui dan mulakan hidup baru.Atas
bantuan Fairudz,mereka bertemu kedamaian di
bumi Labuan

Namun,ada pula yang koyak hatinya dan mahu
membereskan apa yang belum sudah.Dia mahu
memburu seseorang.Demi sesuatu tang tidak
terlunas,dia sanggup lakukan apa saja untuk
menjejaki Julia,Shah dan semestinya Mikael
-walaupun harus membunuh.

Ain : Yang ni pulak sambungan novel Bisik ^^ Ain blom sebab apa? korang tau kan? sebab Ain blom habis baca buku Bisik T^TT kakak Ain kata buku ni ada sambungan lagi! sebab cerita dye x habis lagi >< Ahahah banyaknya!! Akak Ain kata cerita ni pon best 
 (づ ̄ ³ ̄)づ  memang pon~

Sumbat / Faizal Sulaiman

cth cover dpn n blakang

Sinopsis :

Ramuan SUMBAT:

250 ml Dendam,jenama 'Silam'
150 gm Rahsia Hitam
50 gm Cinta,paket 'Terhalang'
3 sudu besar Air Mata
Setengah cawan Pengorbanan
5 ulas Kesetiaan (dihiris nipis)
8 kuntum Senyuman (sebagai hiasan)

Cara:

Ayakkan 150 gm Rahsia Hitam dengan 50 gm Cinta
Terhalang.Pastikan dapat tekstur yang halus.Pukulkan
250 ml Dendam Silam hingga kembang.Campurkan
dengan adunan yang diayak tadi perlahan-lahan.
Kacau rata.Selang selikan dengan setengah cawan
Pengorbanan dan 3 sudu besar Air Mata.Bila sebati,
masukkan hirisan Kesetiaan.Kacau dengan teknik
folding.Tuang ke dalam baking tray dan bakarlah
sepuas hati.Hias dengan kuntum Senyuman.Viola!

Ain: Yeah! AAA sedapnya 
(人´∀`*) Ahahahahahah sinopsis dye speacial kan?? yup~ Novel ni pon Ain blom baca~ baru beli gak~ mana nk baca lagi...Novel Bisik pon blom habis! ish3 satu2 kena baca XD So,boleh pakai ke resepi ni?? aahaha rasa2??

Buku terakhir yg Ain ada kat rumah ^^

Kombo:Jerat + Hilang / Dayang Noor



cth cover dpn n blakang

sinopsis :

INI DUA NOVEL JENAYAH YANG DIHIDANGKAN
DALAM SATU BUKU.Apa yang kelihatan sempurna
dan cantik di luar mungkin boleh menyembunyikan
rahsia yang meragut nyawa.

JERAT sebuah trailer yang bertempat dalam
 dunia IT.Kemalangan meragut ingatan Shereen.
Dia kini tidak pasti: siapa kawan, siapa lawan.Di
tengah-tengah kelakutan itu,dia perlu membongkar
kegiatan penyuludupan kod-kod program yang
didadangkan dengan harga tinggi di pasaran gelap.

HILANG menemukan Shaziman ----Seorang jurulatih
peribadi yang happy-go-lucky ---- dengan Khairani,
seorang gadis kampung yang berhijrah untuk mencari
rezeki dan cinta.Apabila adik kembar Shaziman
ghaib,dia tidak menyedari Khairani menyimpan
kunci tentang kunci tentang misteri itu.

Ain : Okay~ Novel fixi ni pon Ain blom baca 
( ̄ε ̄@) masih berbalu lagi sebab baru beli hahahah buku ini dye sambung 2 cerita dlm 1 novel,memang tebal~ okay tu je yg AIn ada kat rumah setakat ni...Yup!

Okay! setakat ni jela yg Ain boleh share pasal novel fixi~ sebenarnya banyak lagi novel fixi contohnya Gantung,Asrama dan banyak lagi!! Memang banyak gila lah! ahahah tapi x gila lah 
 (*≧▽≦)ノシ)) Guehehheeh joke memalam?? jadi ke? lol ahahha ok2 Ain stop kat sini dulu ^^ Arigatou sebab sudi baca post ni (or skip)
Ain x kesah~ sapa suruh panjang sangatkan??? :p

-Arigatou minna!-
-end-