Owner Post Them Follow Dash



Tsukei's (´▽`ʃƪ)
ଘ(੭ˊ꒳ˋ)੭✧Tsukei's blog

Assalamua'laikum!


Hello and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
Instagram


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Antara Otaku, Weaboo, Hikikomori dan NEET

Assalamualaikum~~

So, topic kita hari ini adalah tentang Otaku..Weaboo dan sebagainya~
selalunya otaku la tahu bende2 ni termasuklah Ain ><

Di negara Jepun, bagi seseorang yang taksub, fanatik dan terlalu meminati anime, manga, game, patung figura dan apa2 sahaja yang sewaktu dengannya, mereka sering dikaitkan dengan gelaran Otaku. Otaku ini juga sering dikaitkan dengan terma2 lain seperti Weaboo, Hikikomori, NEET dan lain2. Di Malaysia juga, ramai peminat fanatik anime, manga dan lain2 perkara yang berkaitan dengan subculture Jepun mahu menjadi seorang Otaku, namun adakah budaya Otaku itu suatu yang positif?



So apakah itu Otaku?
Otaku berasal dari perkataan rumah, seperti, tidak pernah meninggalkan rumah.

Otaku boleh didefinisikan sebagai seorang anak muda yang terlalu taksub dengan budaya popular tertentu sehingga menjejaskan kemahiran sosial mereka.

Biasanya seorang Otaku tidak mempunyai apa2 yang lebih baik untuk dilakukan dalam kehidupan, oleh itu mereka meluangkan masa dengan menonton anime, bermain permainan video, melayari Internet (Otaku juga ada digunakan untuk merujuk kepada seorang nerd yang mempunyai hobi bermain komputer untuk membuat hacker dan programming).

Seorang Otaku menghabiskan lebih banyak masa, wang dan usaha kepada hobi dan minat mereka lebih daripada orang biasa lakukan. Mereka tahu banyak tentang hobi dan perkara2 yang berkaitan dengannya; sebagai contoh, seorang Otaku anime mungkin menghabiskan banyak masa menonton anime, mengkaji sejarah dan latar belakang suatu anime, membeli banyak DVD, patung figura dan produk2 lain, belajar tentang orang2 yang membuat anime (seperti animator, pelakon suara watak anime), mencipta sesuatu (seperti muzik atau lukisan) mengenai anime atau memakai kostum dan melakonkan watak anime.


Di Jepun, budaya Otaku adalah suatu yang dianggap negatif kerana ia digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang tinggal di rumah sepanjang masa dan tidak mempunyai kehidupan (tiada kehidupan sosial, tidak ada kehidupan cinta dan lain2). Oleh itu Otaku umumnya dianggap satu perkataan yang agak biadap. Memanggil seseorang dengan gelaran Otaku adalah suatu penghinaan yang buruk.

Namun dalam budaya Barat dan negara2 lain selain Jepun, mereka keliru dengan gelaran Otaku dan menganggap ia suatu yang positif malah sesuatu yang sangat membanggakan. Gelaran Otaku kebiasaannya digunakan untuk merujuk kepada peminat dan seorang geek yang sangat berpengetahuan, taksub dan peminat tegar anime, manga atau game.

Sumber: WikiSimple WikiUrban Dictionary.

Adakah Otaku itu Weaboo?
Weaboo adalah satu terma yang digunakan kepada seseorang yang bukan seorang warga Jepun, yangterlalu taksub dengan Jepun, kebudayaan Jepun dan apa2 jua berkaitan Jepun, mengutuk budayamereka sendiri dan cuba berkelakuan seolah2 mereka adalah orang Jepunwalaupun mereka sangat jauh dari negara ituMereka suka memasuk dan mencampur adukkan perkataan Jepun dalam percakapan yang mereka belajar melalui anime tetapi biasanya dengan sebutan dan penggunaan yang salah menjadikan ia kedengaran sangat asshole dan kelihatan sangat dungu.

Ciri2 lain seorang Weaboo adalah mereka terlalu obses dengan minat mereka seperti anime sehingga mereka merasakan minat mereka adalah gaya hidup, kehidupan sebenar dan lebih baik daripada kehidupan realiti seperti "Anime is life". Meraka akan merasa sangat marah apabila ada orang lain memperkecil, mengejek dan mengkritik minat mereka seperti anime dan watak kegemaran mereka. Mereka turut menjadi emosional dan tidak keruan apabila ada orang mengatakan "anime itu kartun". Malah ada Weaboo yang di tahap lebih kronik sehingga bercouple dan berkahwin dengan watak anime perempuan (waifu).


Oleh itu secara asasnya, seorang Otaku tidak semestinya seorang Weaboo, namun seorang Weaboo adalah seorang Otaku, namun lebih teruk dan kronik daripada seorang Otaku biasa. Terma Weaboo adalah mutasi daripada terma Wapanese dan Japanophiles.

Jika anda sudah terjebak menjadi seorang Otaku, baca "10 cara untuk mencegah diri menjadi seorang Weaboo".

Sumber: KnowYourMemeUrban Dictionary.

Otaku sering dikaitkan dengan Hikikomori. Apakah itu Hikikomori?
Hikikomori yang membawa maksud menarik diri, mengurung diri, shut-in, adalah istilah Jepun untuk fenomena di kalangan remaja atau dewasa muda di Jepun yang menyendiri, mengasing diri, mengurung diri di bilik atau rumah dan menarik diri dari kehidupan sosial.  Di Malaysia mungkin tiada atau terlalu sedikit golongan seperti ini, namun ia wujud banyak di Jepun.

Meskipun terdapat beberapa versi di mana seorang Hikikomori mungkin keluar daripada rumah, namun menurut Kementerian Kesihatan, Buruh Dan Kebajikan Jepun maksud sebenar Hikikomori adalah para individu yang tidak ingin meninggalkan rumah ibu bapa mereka, serta mengasingkan diri mereka daripada masyarakat dalam kediaman mereka dalam suatu jangka masa melebihi enam bulan. Meskipun fenomena ini berbeza2 mengikut individu, sesetengah remaja mengasingkan diri mereka selama beberapa tahun, atau dalam kes yang lebih jarang berlaku, selama beberapa dekad. Selalunya, Hikikomori bermula dengan keengganan mereka untuk hadir ke sekolah atas sebab2 tertentu.


Golongan Hikikomori ini mengasingkan diri sendiri daripada dari masyarakat, jarang meninggalkan rumah, tidak mempunyai kawan2 dan tidak suka berinteraksi dengan ahli keluarga. Lazimnya mereka seorang pendiam dan tidak suka bercakap dengan sesiapa sahaja, tidur, menonton anime, membaca manga, bermain game dan komputer sepanjang hari. Seorang Hikimori tidak semestinya seorang Otaku, nerd, gamer dan lain2, walaupun mereka boleh cenderung ke arah itu.

Antara punca penyebab terjadinya Hikimori:
  • Banyak masalah di sekolah, di tempat kerja dan sebagainya, biasanya disebabkan oleh buli dan dipulaukan oleh orang sekeliling, baik dari sudut tindakan mahupun pengucapan yang disebabkan oleh latar belakang atau minatnya yang lain daripada orang lain.
  • Mempunyai ibu bapa yang bermasalah, pernah bercerai, tinggal hanya bersama ibu atau bapa tunggal, tidak baik dan sering bergaduh dengan ibu bapa menyebabkan mereka menjadi lebih tertekan dan lebih selesa mengurungkan diri dalam bilik.
  • Kecanggihan teknologi juga boleh menjadi punca kepada simptom ini terutama dengan kemudahan akses Internet yang membuatkan mereka lebih gemar mengurung diri dalam bilik bersama komputer berinteraksi bersama rakan2 maya.
Sumber: WikiSimple WikiMalay WikiUrban Dictionary.

Apakah NEET dan kaitannya dengan Otaku?
NEET adalah singkatan kepada "Not in Education, Employment or Training" yang bermaksud individu yang bukan dalam sistem pendidikan sama ada sekolah atau institut pengajian tinggi, bukan dalam bidang pekerjaan atau dalam kursus dan latihan, atau istilah melayunya, penganggur. NEET ini biasanya merujuk kepada individu dewasa muda yang telah tamat sekolah atau universiti dan tidak bekerja dalam tempoh yang lama. Walaupun istilah ini berasal dari Barat, ia kebanyakannya digunakan di negara2 Asia seperti Jepun. Seseorang menjadi NEET adalah kerana mereka tidak mampu atau memang tidak mahu mencari pekerjaan. Kadang kala mereka tidak dapat menerima hakikat dan realiti norma sosial tentang apa ertinya menjadi seorang dewasa.

Kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan sepenuh masa, kehidupan mereka masih bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa. Disebabkan ibu bapa mereka masih menyara kehidupan mereka walaupun sudah masuk alam dewasa, maka kadang kala seorang NEET cenderung untuk menjadi seorang Hikikomori. 



Fenomena golongan NEET yang semakin meningkat ini juga menjadi fenomena yang membimbangkan di negara2 besar dan maju seperti Jepun dan UK kerana golongan NEET yang kebanyakannya terdiri daripada golongan dewasa muda kerana tidak produktif dan kewujudan mereka tidak menyumbang apa2 kepada negara dan masyarakat.
Adakah seorang Otaku itu akan menjadi seorang NEET? Tidak semestinya jika mereka boleh mengawal dan mengimbangi minat mereka dengan dunia luar, namun jika sifat Otaku mereka menjadi terlalu menebal sehingga membantutkan perkembangan kemahiran sosial mereka dengan masyarakat sebenar dan dunia realiti, maka mereka boleh menjadi seorang NEET kerana kurang kemahiran dan keyakinan untuk berhadapan dengan dunia sebenar.

Sumber: WikiUrban Dictionary.

Oleh itu jika anda seorang Otaku, tidak mengapa jika anda mahu terus menjadi seorang Otaku, namun jangan sampai jadi Weaboo, Hikikomori dan NEET. Anda juga boleh cuba untuk ambil "Kuiz menguji Tahap keOtakuan/keWeabooan anda".

**Ok~ da baca? good. So, korang da tahu la korang ni otaku or Weaboo or just anime fans~
Nk tahu lagi..korang test la buat quizz tu >< kbye~**